Laporan Eksklusif

Dnars Skincare Nafi Produk Yang Diviralkan Di Media Sosial Adalah Keluarannya

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati daripada menyebarkan berita tentang produk keluaran Dnars Skincare Set Normal / Jeragat seperti yang diviralkan di media sosial di Brunei.

Pengarah Urusannya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim berkata, hasil semakan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati, produk yang dilaporkan dari Brunei itu bukan produk keluaran syarikat tersebut.

“Ianya produk tiruan yang telah diciplak dari produk kami yang asli.

“Pada tahun 2015, hasil daripada aduan pengguna, kami telah mengesan produk Dnars Skincare Set Normal/Jeragat yang tiruan telah dijual di pasaran,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya lagi, pada 1 Oktober 2015, pihaknya mengesan dua lelaki sedang menjual produk tiruan jenama syarikat berkenaan di Kota Bharu, Kelantan di mana hampir 200 set Normal/Jeragat Dnars Skincare telah dirampas dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu berhubungan dengan kes tersebut.

Tambah Ahmad Shah Rizal lagi, pada 13 Oktober pula, pihaknya telah membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Pada 14 Oktober 2015, kami telah mengikut pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNKK ke satu premis di Bandar Puteri, Puchong untuk pemeriksaan dan berjaya menemui ribuan kotak serta risalah Set Normal/Jeragat Dnars Skincare yang tiruan dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Puchong.

image_18104

“Susulan daripada pemeriksaan tersebut, ianya telah membawa kepada satu lagi pemeriksaan oleh KPDNKK Kelantan ke sebuah premis di Kota Bharu pada 15 Oktober 2015. Satu lagi laporan polis turut dibuat di Balai Polis Kota Bharu,”jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau turut berkata, pihak KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut memeriksa dua buah premis di Kuala Lumpur dan berjaya menemui beberapa ratus Set Normal / Jeragat Dnars Skincare tiruan pada 4 November 2015 dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi.

Selain itu, pada 18 November 2015, KPDNKK Sabah turut melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Kota Kinabalu dan berjaya merampas hampir 700 Set Normal/Jeragat Dnars Skincare tiruan

“Kami memandang serius terhadap perkara ini kerana tindakan mengedar dan menjual barang tiruan boleh menyebabkan kemudaratan kesihatan kepada pengguna dan seterusnya merosakkan perniagaan serta nama baik kami.

“Kami mengharapkan budi baik pengguna-pengguna media sosial agar dapat menghentikan penyebaran berita yang tidak tepat itu,”ujarnya.

Tegas beliau lagi, pihaknya terpaksa mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya jika perkara ini berlarutan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");