Perak Hari Ini

Dr Zambry Bakal Berkampung Lima Hari Di Hulu Perak

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama barisan Exco negeri akan berkampung di daerah Hulu Perak bagi mendekati rakyat dengan lebih dekat.

Exco kerajaan negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, program yang diadakan pada kali ini merupakan lanjutan daripada program yang pernah diadakan oleh Menteri Besar pada tahun sebelum ini.

“Dahulu, kita hanya berada satu hari dan kita fikir dengan cadangan daripada orang ramai juga daripada jabatan-jabatan kerajaan, lebih baik kita berkampung atau dalam istilah lain yang kita gunakan iaitu pemukiman.

“Program ini akan berlangsung selama lima hari iaitu bermula esok sehingga 27 Februari ini,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Jelas Saarani lagi, sebanyak 137 program telah dirancang bagi tempoh lima hari tersebut, dan Dr Zambry akan menghadiri 24 program yang telah dijadualkan.

“Ada 137 program keseluruhan selama lima hari tersebut. Daripada 137 program itu, 24 program akan dihadiri oleh Menteri Besar dan program-program lain yang tidak dihadiri oleh Dr Zambry, akan dihadiri oleh Exco yang berkaitan.
1 (5)

“Selain itu terdapat juga program-program BAIDURI dan juga PUSPANITA,”jelasnya.

Tambahnya lagi, selepas tamat program di Hulu Perak, ianya akan dilanjutkan ke daerah-daerah lain.

Mengulas lanjut, terdapat enam program wajib yang akan diadakan setiap kali program pemukiman diadakan.

“Enam program tersebut ialah Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim Elias, qiamulail, kenduri rakyat, ramah mesra dan Excutive Talk bersama penjawat awam, program Karnival Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir dan Fit Perak,”ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa program ceramah perdana Datuk Kazim Elias yang dijadualkan pada malam esok akan digantikan dengan Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

“Seperti yang sedia maklum, (Datuk) Ustaz Kazim tidak dapat hadir kerana masih mendapatkan rawatan.

“Jadi kita gantikan dengan Forum Perdana Hal Ehwal Islam dimana moderatornya adalah Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan.
Manakala panelnya ialah Professor Dr Sharifah Hayati daripada Universiti Malaya dan Ustaz Mohamad Azhar, Timbalan Pengetua Al-Barakah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");