Sukan Hari Ini

F1: Jentera Ferrari Vettel makin laju

BARCELONA: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, memanfaatkan kelebihan penggunaan tayar ultrasolf yang baharu dengan mencatat masa terpantas buat kali kedua pada sesi ujian pramusim di Barcelona.

Kepantasan Vettel membayangkan dia mampu memberi cabaran sengit kepada Mercedes, yang mendominasi perlumbaan Formula Satu (F1) sejak dua tahun lalu.

“Jentera semakin baik dan itu petanda yang positif selain unit kuasa sudah bertambah baik. Kami sedar masih ada yang perlu diperbaiki tetapi secara keseluruhannya, saya gembira,” kata Vettel.

Ada enam hari lagi ujian di Litar de Catalunya sebelum saingan musim ini bermula pada Grand Prix Australia, 20 Mac depan.

Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo, turut mendapat kesan atas penggunaan tayar keluaran Pirelli apabila mencatat masa kedua terpantas, namun ketinggalan 7/10 daripada catatan yang direkodkan Vettel 1 minit 22.810 saat.

“Ia dua hari yang positif buat saya, saya tidak boleh minta apa lagi. Saya hanya ada dua hari lagi untuk melakukan ujian minggu depan dan selepas itu Melbourne.

“Saya sangat teruja untuk memulakan saingan di Australia,” kata Ricciardo.

Sementara itu, pemandu Force India, Sergio Perez, mencatat masa ketiga terpantas.

Bagaimanapun, Mercedes sekali lagi menunjukkan persaingan yang cukup sengit antara kedua-dua pemandunya apabila Nico Rosberg melengkapkan 172 pusingan untuk mengatasi rakan sepasukan dan juara dunia, Lewis Hamilton, yang melakukan 156 pusingan.

“Ia sesuatu yang bagus apabila kami sudah dapat melakukan jarak yang jauh dan tidak menghadapi satu masalah pun. Pasukan lawan kini mengejar kami dan kami perlu kekal inovatif untuk terus berada di depan,” kata Rosberg. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");