Panasnya Hari Ini

Siasatan 1MDB: Najib Perlu Tunai Permintaan Zeti

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Idris Ahmad memberi saranan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memastikan siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan secepat mungkin sekaligus dapat menunaikan hasrat Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berhubung perkara itu.

Ujarnya, tuntutan Zeti yang berhasrat supaya siasatan berhubung 1MDB dilengkapkan sebelum beliau bersara pada April ini juga merupakan hasrat majoriti rakyat Malaysia.

“Beliau menyatakan hasrat hati orang yang terpaksa memikul beban mengenai isu 1MDB. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

“Kerana isu 1MDB, politik dalaman UMNO berkocak, imej Malaysia di pandangan dunia buruk,” katanya menerusi kenyataan hari ini memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya, pihaknya turut mengharapkan bakal pengganti Zeti nanti setara atau lebih baik daripadanya kerana Gabenor BNM itu.

“Bakal Gabenor BNM nanti biarlah bukan orang politik atau orang yang membawa agenda politik. Biarlah mereka yang profesional dan terlatih, kalau boleh mereka yang sudah bertugas di BNM sendiri,” tegasnya.

Zeti terdahulu dilapor menegaskan beberapa usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan siasatan ke atas syarikat pelaburan strategik kerajaan itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan baki perkhidmatannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");