Berita Hari Ini

‘Fokus pembangunan, bukan fitnah’

PETALING JAYA – Kerajaan negeri Selangor fokus dalam soal pembangunan rakyat berbanding melayan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan sesetengah pihak terhadap teras pentadbiran.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rakyat berada dalam keadaan susah dan mereka memerlukan pembelaan daripada kerajaan negeri.

“Alhamdulillah, pentadbiran negeri Selangor berjaya memikul amanah ini dengan baik dan bertanggungjawab.

“Mandat yang diberikan adalah satu amanah kepada kami untuk menjalankan tugas dengan baik,” katanya pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Selangor 2016, di sini, kelmarin.

Menurutnya, kesungguhan kerajaan negeri membangunkan rakyat terbukti melalui pertumbuhan mampan yang meyakinkan dan simpanan yang besar sebagai persiapan bagi menghadapi tahun ini dan tahun yang mendatang.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor kerana berjaya mempertahankan prinsip berbilang kaum yang menjadi asas bagi membantu kerajaan negeri memajukan dan membangunkan negeri.

“Inilah sebenarnya kekuatan di Selangor kerana rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni dalam suasana berbilang kaum dan agama.

“Perkara ini kita lihat sebagai satu aset dan bukan ruang untuk mencari pertembungan atau pertikaian agama,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 3,000 penduduk pelbagai kaum dan peringkat usia hadir meraikan majlis yang berlangsung di Dataran Petaling.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");