Jenayah

Gaduh sampai mati

Bayan Lepas: Lelaki warga Myanmar maut dipukul rakan sekerja di tapak pembinaan sebuah kondominium di Kampung Batak, Relau, di sini, malam tadi.

Mangsa berusia lingkungan 20-an ditemui terbaring dengan kesan darah dikepala dipercayai dipukul objek tumpul, dalam kejadian 11.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Siti Nor Salawati Saad, berkata siasatan awal mendapati mangsa bergaduh dengan beberapa rakan sekerjanya.

Bagaimanapun, katanya, tidak diketahui punca pergaduhan itu.

“Kita difahamkan ketika kejadian mereka semua mabuk. Sehingga ini, polis masih memburu semua suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");