Panasnya Hari Ini

Kerajaan Jangan Terus Bermain Drama- Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Rakyat diminta supaya tidak terlalu teruja dengan pengumuman kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja warga asing kerana ia disifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hanya sekadar drama bagi meredakan kemarahan rakyat.

Jelasnya lagi perkara itu bukanlah suatu baharu, memandangkan sebelum ini Kabinet secara senyap meluluskan pelbagai kuota menerusi video yang dimuat naik blogger Minaq Jinggo.

Dakwanya lagi, kerajaan bagaimanapun akan tetap meneruskan kemasukan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh meskipun wujud arahan pembekuan.

“Rakyat jangan bertepuk tangan apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi buat pengumuman menghentikan kemasukan 1.5 tenaga pekerja asing.

“Kita jangan mudah teruja dengan drama, di mana, setakat penangguhan ini, untuk meredakan kemarahan rakyat,”katanya.

Tambahnya, kerajaan sebelum ini juga turut mengumumkan pemansuhan sementara kemasukan pekerja asing namun ia diteruskan secara senyap-senyap.

“Dulu pun Kabinet kata bekukan, tetapi dalam senyap-senyap meneruskan, termasuk kuota pekerja asing, peringkat demi peringkat, sampai kita lihat, berapa banyak jumlah membanjiri negara kita hari ini,” katanya.

Beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan untuk tidak bermain wayang, sekali gus mengelirukan rakyat dengan keputusan yang tidak tetap.

“Jangan terus bermain drama, terus memutar belitkan rakyat kerana yang kita nak lihat, pembatalan terus secara muktamad, tidak ada lagi pekerja warga asing. Masalah kekurangan pekerja boleh kita uruskan dengan cara yang lain, banyak lagi kaedah dan bukan dengan jalan yang mudah,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");