Panasnya Hari Ini

Gambar Hina TPM: Naib Ketua Bahagian Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Seramai 25 Naib Ketua Bahagian UMNO tampil membuat laporan polis terhadap individu yang menghina Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan cara mengedit gambar yang menyerupai anjing.

Menurut Pengerusi Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia, Datuk Anuar Mohd Yunus yang juga jurucakap kumpulan tersebut, laporan polis dibuat berikutan perbuatan individu tersebut disifatkan kurang ajar dan menimbulkan kemarahan rakyat.

“Pada pendapat kami ia perbuatan kurang ajar yang menyebabkan kemarahan orang Melayu, rakyat Malaysia, orang Islam sebab anjing ini perkara sensitif.

“Kita desak agar pihak berkuasa, kerajaan menyemak status kerakyatan pengguna tersebut sama ada masih berada dalam negara atau luar negara. kami pohon pihak berkuasa mengambil tindakan tegas seperti melucutkan kerakyatan dan sebagainya. Ini satu penghinaan,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Laporan Polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, hari ini.

Beliau turut memberi saranan supaya seluruh 191 UMNO bahagian tampil membuat laporan polis di kawasan masing-masing sebagai bantahan terhadap tindakan terkutuk itu.

-foto-freemalaysiatoday

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");