Membawang Hari Ini

Mencari wanita pintar

Petaling Jaya: Program realiti terbaru TV3, Clever Girl Malaysia mengumumkan 14 peserta wanita mewakili setiap negeri di Malaysia.

Pencarian peserta untuk program itu bermula sejak Disember tahun lalu dan menawarkan hadiah RM100,000 kepada pemenang.

Menurut penerbitnya, Shazreena Kassim, Clevel Girl Malaysia adalah program realiti pertama mencari wanita pintar.

Katanya, setiap minggu peserta akan diuji dengan soalan berbentuk pengetahuan am termasuklah politik, sejarah, sains dan matematik.

“Selain diuji tahap pengetahuan, peserta juga perlu melalui beberapa ujian lain termasuk ujian fizikal,” katanya.

Shazreena berkata, program ini tidak menggunakan juri dan undian penonton sebaliknya peserta akan dinilai berdasarkan percapaian.

Program yang dihoskan Alif Satar ini turut menampilkan beberapa ikon seperti Vanidah Imran, Marion Caunter dan Cheryl Samad serta personaliti TV, Juita Jalil sebagai mentor.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");