Isu Panas

Gesa semua ahli Umno bersatu semula demi parti

SHAH ALAM – Puteri Umno hari ini menyeru seluruh jentera parti untuk bersatu dan terus maju kehadapan bagi mendepani cabaran pada masa akan datang.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini penting kerana sudah tiba masanya bagi ahli Umno serta kepimpinannya untuk bergerak ke hadapan setelah semua kemelut yang berlaku dalam Umno kini mulai terlerai.

“Saya minta semua kita untuk terus fokus bekerja…memang apa yang berlaku sebelum ini banyak perkara yang mengganggu gugat kita, tohmahan yang diberikan ke atas Umno.

“Jadi saya minta kita terus pandang ke hadapan, Alhamdulillah semalam kita sudah mulakan kempen keahlian daftar pemilih telah pun dilancarkan di seluruh negara, dan semalam Johor mencatatkan keahlian tertinggi iaitu seramai 1,800 ahli Puteri Umno baharu didaftarkan di negeri itu,” katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, katanya beliau berharap semua ahli Umno untuk teruskan semangat bagi melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia.

“Kita kena kuatkan semangat untuk terus bekerja, terus dekati rakyat itu tugas kita kini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");