Panasnya Hari Ini

Portal Berita Disekat, Usaha Terakhir Najib Untuk Terus Berkuasa

KUALA LUMPUR: Tindakan Suruhanjaya Komunikasi Media Malaysia (SKMM) menyekat portal berita, The Malaysian Insider, Khamis lalu dilihat sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus berkuasa.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ianya tidak menghairankan apabila Najib kini dilihat semakin lemah yang akan bertindak untuk menyekat media.

“Dalam keadaan sekarang ia tidak menghairankan, mereka akan melakukan apa saja untuk selamatkan Najib macam mana pun untuk kekal berkuasa.

“Keadaan Najib sekarang sangat genting, ia sama ada beliau bunuh atau dibunuh. Jadi apa juga yang boleh pertahankan beliau, dia akan lakukan,”katanya, lapor The Malaysian Insider.

Terdahulu, portal berita The Malaysian Insider disekat selepas menyiarkan laporan yang memetik ahli panel pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak ingin dikenali mengatakan terdapat bukti-bukti untuk mendakwa Najib kerana salah laku jenayah yang dilakukan berkaitan syarikat SRC International.

Jelasnya lagi, ianya bukan sesuatu yang luar biasa apabila kerajaan menekan sesebuah media, bahkan perkara yang sama turut pernah berlaku pada zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

“Perkara ini berlaku di zaman Tunku (Tunku Abdul Rahman) lagi di mana dia lihat Utusan Melayu bahaya jadi kemudian diambil alihnya,”jelas beliau.

Mengulas lanjut, kehadiran media alternatif pada masa kini telah menyebabkan rakyat dapat melihat salah laku yang dilakukan oleh parti pemerintah.

“Zaman itu, apa saja yang dilakukan pemerintah untuk menekan pembangkang tidak ada alternatif bagi orang ramai untuk melihat salah guna kuasa,”ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau turut berkata, Najib kini dilihat sebagai seorang yang dibenci oleh rakyat dan beliau tidak menolak campurtangan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai salah satu penyumbang kepada perkara tersebut.

“Najib sekarang sudah menjadi perdana menteri yang sangat tidak popular terutamanya dengan campur tangan isterinya.

“Perdana menteri lain tidak ada campur tangan, ia menambah kekeruhan dan kebencian orang terhadapnya,”jelas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");