Sukan Hari Ini

‘Gila’ tak sambung kontrak

Barcelona: Pertahanan kanan Barcelona Dani Alves berkata, rakan sepasukannya Neymar sedang meniti kecemerlangan di Camp Nou dan lembaga pengarah kelab pasti boleh dianggap sebagai gila jika tidak menyambung kontrak pemain itu.

Masa depan Neymar sekali lagi menjadi tumpuan selepas media Sepanyol serta Inggeris membuat spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke kelab lain dan Manchester United serta Real Madrid sedia menebus kontrak pemain berkenaan dengan menawarkan gaji lebih lumayan.

Semua laporan berkenaan dibuat selepas masing-masing sedar bahawa kontrak pemain berusia 24 tahun itu bakal tamat pada 2018 dan aksi hebatnya ketika ini menuntut mana-mana pasukan yang berminat untuk menyediakan dana besar.

Alves berkata, dia pernah memberitahu bintang Brazil itu bahawa apa yang paling elok untuk dilakukannya ketika ini ialah terus bermain di kelab sama dan menumpukan perhatian untuk menjadi pengganti kepada Lionel Messi.

“Neymar masih lagi memburu cita-citanya,” kata Alves.

“Bila dia memikirkan untuk berpindah, saya cuba memujuknya sambil menjadikan beberapa bintang Brazil yang pernah beraksi di Barca sebagai contoh.

“Kontraknya masih berbaki dua tahun tetapi jika kelab tidak memperbaharuinya, mereka pasti sudah gila. Neymar akan menggantikan Messi kerana dia cukup hebat. Tidak ada siapa yang mampu melakukan apa yang dia lakukan.”

Alves turut ditanya mengenai pendapatnya berhubung perpindahan bekas pengurusnya Pep Guardiola ke Manchester City hujung musim nanti.

“Pep boleh menjadi siapa saja yang beliau inginkan,” kata Alves. “Beliau sama seperti Neymar. Mereka mempunyai kekuatan untuk menonjolkan kebolehan masing-masing. Kedua-duanya mempunyai bakat tersendiri.

“Seorang berbakat dalam pengurusan manakala seorang lagi berbakat dalam permainan.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");