Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Perlu Bantu Bina Semula Muzium Banjar

BAGAN SERAI: Kerajaan negeri disaran supaya mengambil berat dan membantu bagi merealisasikan semula pembinaan Galeri  Melayu Banjar atau Muzium Banjar di daerah Kerian yang tertangguh sekian lama.

Menurut Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat muzium Banjar telah dibuka di sebuah masjid di daerah Kerian namun ianya ditutup setelah mengambil kira pendapat Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

PERAK TODAY 5

“Selepas itu Muzium Banjar bertukar lokasi ke satu bangunan di Parit Buntar yang disediakan oleh Majlis Daerah Kerian namun peruntukan bagi membina semula muzium itu tidak diluluskan,” katanya selepas merasmikan Majlis Merakyatkan Seni Dan Budaya Festival Adat Masyarakat Banjar berlangsung di Dewan Mat Hassan Al-Malek Jalan Banjar, Masjid Tinggi di sini hari ini.

Ujarnya lagi, semasa permulaan galeri itu dibangunkan ianya telah mendapat maklum balas yang positif apabila pelbagai pihak tampil menunjukkan minat untuk mengetahui sejarahnya.

“Saya saran supaya muzium Banjar dapat dihidupkan semula, menerusi bantuan kerajaan negeri iaitu sektor pelancongan perlu mengambil berat mengenai perkara ini kerana ianya langkah menarik pelancong akan datang ke daerah Kerian,” katanya.

Tambahnya ianya juga adalah satu aset produk pelancong terbaharu bagi Daerah Kerian selain daripada tempat peranginan Lake Town Resort dan Kuala Gula.

PERAK TODAY 9

“Kita ingin pelancong datang dan memberi pengetahuan serta ilmu kepada generasi muda mengenai asal usul kedatangan masyarakat Banjar,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, perkara tersebut telah diajukan kepada Exco pelancongan bagaimanapun sehingga kini masih peruntukan sekitar RM150,000 untuk membaikpulih bangunan tersebut tidak diluluskan.

Sementara itu, menurut Pengerusi Kelab Kulaan Malaysia Ir Kamarullaffie Ahmad pembinaan semula galeri Melayu Banjar atau Muzium Banjar adalah penting untuk menarik pelancong serta tempat rujukan kajian ilmiah oleh pelajar universiti atau pihak luar.

“Kita masih berusaha memohon dengan jabatan tertentu bagi membangunkan semula muzium Banjar secara rasminya dan membawa semula ke Bagan Serai,” katanya.

PERAK TODAY 4

Tambahnya lagi, populasi masyarakat Banjar di Kerian adalah sekitar 80 peratus.

Mengulas mengenai Festival Adat Masyarakat Banjar yang berlangsung, ianya adalah pendekatan bagi memperkenalkan kembali bangsa ini kepada semua terutamanya golongan muda.

Turut hadir sama pada festival ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

PERAK TODAY 10

“Festival ini adalah untuk merakyatkan kembali adat budaya Banjar dan memperkenalkan kembali adat yang setengah daripada generasi ini dilihat telah melupakannya,” katanya lagi.

Tegasnya lagi penganjuran festival ini juga membantu masyarakat Banjar terutamanya dan masyarakat sekeliling akan lebih memahami budaya tersebut.

“Masyarakat Banjar adalah bangsa yang mempunyai adat resam dan kita berusaha bagi mengetengahkannya kembali supaya tidak dilupakan,” katanya.

Pelbagai program berlangsung antaranya seperti pertandingan mewarna dan masakan Banjar, pameran gerai jualan pelbagai persembahan kesenian.

PERAK TODAY 8

Penganjuran buat kali kedua ini tampil dengan kelainan apabilan menampilkan keunikan masakan, pakaian tradisi serta senjata mempertahankan diri yang digunakan masyarkat Banjar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");