Sukan Hari Ini

Hafifi teruja sertai Program Podium

Kuala Lumpur: Terpilih menyertai Program Podium menyuntik semangat badang negara, Hafifi Mansor (gambar) untuk terus melakar nama dalam sukan angkat berat.

Selepas berjaya meraih emas pada temasya Sukan Komanwel Glasgow 2014, kini atlet kelahiran Terengganu itu akan berusaha dalam misi menawan Asia.

Bagaimanapun, Hafifi mengakui sukar untuk menewaskan atlet China yang cukup dikenali dengan kehebatan mereka.

“Pencapaian terkini saya dalam kategori 69 kg bertambah baik dengan jumlah angkatan 325 kg dan saya akan berusaha mempertahankan emas di Sukan Komanwel 2018 dan akan cuba untuk meraih pingat di Sukan Asia Jakarta.

“Namun untuk menewaskan atlet China amat sukar kerana mereka mempunyai ramai bakat dan sistem perubatan yang berbeza dengan kita,” katanya.

Atlet berusia 26 tahun itu dijadualkan ke China pada 15 Februari ini untuk menjalani kem latihan pusat selama empat bulan dalam usahanya melayakkan diri ke Olimpik Rio.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");