Membawang Hari Ini

Hafiz Hamidun lancar buku pertama

KUALA LUMPUR: Sering memuat naik status positif dan berunsur nasihat menerusi laman sosial, seterusnya dikongsi peminat menerusi akaun masing-masing, mencetuskan idea kepada penyanyi lagi kerohanian yang juga komposer terkenal, Hafiz Hamidun untuk mengumpulnya dalam sebuah buku.

Hafiz, 31, berkata, semua status yang pernah dikongsinya menerusi laman Facebook dan Twitter itu disusun semula untuk diterbitkan dalam kompilasi pertama, Cerita Hati.

Ia akan berada di pasaran bermula 22 Februari ini dan mendapat kerjasama Nubook Press.

“Sudah tiga tahun saya berkongsi status positif dengan peminat. Dari situ, saya mendapati ramai yang berminat apabila mereka turut berkongsi di laman sosial masing-masing. Melihat reaksi positif itu, saya mendapat permintaan daripada peminat supaya kata-kata hikmah itu dikumpulkan dan diterbitkan dalam sebuah buku.

“Alhamdulillah, usaha itu dipermudahkan apabila beberapa syarikat penerbitan turut mengajukan tawaran dan bersedia menerbitkannya,” katanya.

Kata Hafiz, Cerita Hati dibahagikan kepada beberapa topik dan isu merangkumi kekeluargaan, kehidupan, hubungan cinta dan sosial.

“Status yang sering saya muat naik di laman sosial itu adalah perkara yang melingkari kehidupan harian. Tidak dinafikan ada yang bersetuju dan menyukainya, malah tidak kurang yang mempunyai pandangan sebaliknya. Saya hanya ingin berkongsi perkara positif untuk dihayati bersama-sama,” katanya.

Katanya lagi, majlis pelancaran Cerita Hati akan disempurnakan beli belah KB Mall, Kota Bharu, Kelantan pada 26 Februari ini sempena Kota Bharu Literary Festival & Pesta Buku Alternatif 2016.

“Untuk permulaan, 10,000 cetakan pertama akan dikeluarkan. Walaupun masih belum dilancarkan, tetapi saya dapat tahu sambutan dan maklum balas yang diterima amat menggalakkan,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");