Berita Hari Ini

Seksyen 28, 29 Akta Perihal Dagangan dikaji elak kekeliruan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Koperasi (KPDNKK) akan mengkaji semula Seksyen 28 dan 29 Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan peniaga serta pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, ketika diminta mengulas berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas peniaga yang meletakkan tanda ‘no pork’ di premis mereka, berkata tanda itu tidak semestinya ditujukan kepada pengguna Islam tetapi mungkin penganut agama lain.

“Kita perlu berhati-hati kerana tidak mahu wujudnya prasangka dalam kalangan pengguna. “Maksud tanda ‘no pork’ itu juga perlu dikaji dan difahami secara jelas kerana mungkin kedai itu bukan untuk orang Islam,” katanya selepas melakukan lawatan dan pemeriksaan ke atas peniaga di sekitar Jalan Masjid India, sebentar tadi.

Seksyen 28 dan Seksyen 29 akta itu menyebut tindakan akan diambil bagi cubaan mengelirukan pengguna Islam menerusi sebarang ayat al-Quran dan ungkapan.

Akhbar hari ini melaporkan banyak restoran yang mempamerkan tanda ‘no pork’ atau ‘pork free’ bagi mengumpan pelanggan Islam sedangkan restoran itu tidak menghidangkan makanan halal 100 peratus.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");