Sukan Hari Ini

Hernanes tekad julang Juve

Milan: Pemain tengah Brazil Hernanes bukan seorang penjaring hebat tetapi dia berkata, semangatnya kini semakin membuak-buak untuk membantu Juventus menjarakkan diri menerusi kemenangan ke atas bekas pasukannya, Inter Milan, esok.

Hernanes menghasilkan lima gol sepanjang 26 penampilan buat Inter pada musim terakhirnya sebelum berpindah ke Turin, Ogos tahun lalu.

Ketika saingan musim ini berbaki 13 perlawanan, pemain berusia 30 tahun itu terpaksa membuat penilaian semula catatan peribadinya walaupun dianggap tidak bermasalah untuk mengekalkan gelaran juara.

Beraksi di posisi lebih bebas di Inter dan sebelum itu Lazio, Hernanes sering diletakkan di bahagian tengah oleh jurulatih Massimiliano Allegri dalam usaha juara bertahan itu memenangi tiga gelaran musim ini.

“Sebelum ke Juventus, saya memikirkan untuk bermain di bahagian depan bagi membolehkan saya meledak banyak jaringan,” kata Hernanes.

“Tetapi jurulatih mengubah posisi dan saya harus menerimanya. Saya sudah mula menyesuaikan diri tapi masih boleh meningkat.”

Walaupun gagal menyelit dalam kesebelasan utama, kebolehan Hernanes menjadi kelebihan buat Juventus dan dia sentiasa bersedia untuk diturunkan.

Ketika rehat di Stadium Juventus, pemain tengah Claudio Marchisio mengalami kecederaan dan Juve ketinggalan 0-2 di belakang Bayern Munich pada saingan Liga Juara-Juara.

Diturunkan untuk berganding dengan Sami Khedira, Hernanes mempamer aksi membanggakan hingga membolehkan Juve menjaringkan gol menerusi Paulo Dybala dan Stefano Sturaro.

Walaupun Bayern dijangka layak ke suku akhir selepas perlawanan kedua 16 Mac nanti, sebelum itu Juventus perlu berdepan Inter sebanyak dua kali dalam aksi Serie A serta piala yang mahu mereka buru musim ini. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");