Laporan Eksklusif

Najib, Ahmad Zahid Tinggalkan Mesyuarat MT Kerana Ada Kepentingan Dalam Parti

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, semalam kerana masing-masing merasakan mereka mempunyai kepentingan di dalam UMNO.

Terdahulu, mesyuarat MT semalam membincangkan satu usul yang berkaitan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memerlukan pertimbangan semua ahli MKT.

Menurut sumber dalaman, ianya berikutan jawatan Timbalan Presiden berada secara langsung dibawah kedudukan Presiden dan diatas Naib Presiden 1 di dalam parti.

“Dalam keadaan ini, sesuai dengan peruntukan Perlembagaan UMNO, jika Presiden dan Timbalan Presiden tidak dapat mempengerusikan mesyuarat MKT, Naib Presiden secara langsung mendapat mandat sebagai pengerusi mesyuarat berkenaan.

“Ahli-ahli MKT sebulat suara telah bersetuju supaya Naib Presiden 3, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin untuk mempengerusikan mesyuarat MKT buat sementara,”katanya.

Naib Presiden UMNO 2, Datuk Seri Shafie Apdal tidak hadir ke mesyuarat tersebut.

Kata sumber itu lagi, Hishammuddin kemudiannya telah meminta pandangan secara terbuka dan terus terang oleh ahli-ahli MKT yang hadir untuk mengeluarkan pendapat masing-masing berkenaan usul yang dibentangkan.

“Setelah perbincangan yang panjang dan serius serta mendengar pandangam setiap ahli MT, maka MKT sebulat suara telah memutuskan untuk tidak menggantung keahlian Muhyiddin.

“Sebaliknya, MKT bersetuju bahawa jawatan Timbalan Presiden yang dipegang Muhyiddin digantung sehinggalah pemilihan MKT UMNO yang seterusnya,”ujar sumber.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");