Berita Hari Ini

Isu debat: Sambut baik wacana secara terbuka

SHAH ALAM – Penganjuran wacana ilmiah secara terbuka Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin, disambut baik oleh Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurutnya, penganjuran secara tertutup adalah tidak adil bagi sebelah pihak lain.

“Ini ketidakadilan apabila satu pihak diberikan sebuah pentas yang begitu luas untuk mengkritik dan membuat tuduhan orang lain sesat. Oleh kerana mereka menyertai pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah adakah bererti orang lain yang tidak menyertainya bukan Ahli Sunnah

Wal Jamaah dan dituduh sesat? Itu tidak adil.

“Saya berpendapat platform perlu diberikan kepada orang lain juga. Saya tidak bersetuju jika diadakan secara tertutup kerana tuduhan dibuat secara terbuka di media arus perdana ,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menambah, sikap sebeginilah yang mengelirukan masyarakat hari ini.

“Adalah tidak adil apabila tuduhan dibuat secara terbuka di media arus perdana dan secara tiba-tiba selama ini mencabar orang lain mahukan wacana secara tertutup, ini adalah ketidakadilan,” katanya.

Fathul Bari berharap penganjuran wacana itu mempunyai disiplin, di mana tiada cercaan malah fokus kepada topik ekstremisme agama dengan merentasi apa juga ideologi dan fahaman.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");