Panasnya Hari Ini

Jangan ‘Sembelih’ Tabung Haji Demi Kepentingan Politik

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: “Jangan ‘sembelih’ Tabung Haji (TH) untuk mendapat gambaran politik yang menarik untuk hari ini, tetapi memusnahkan TH dalam jangka masa panjang,” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila TH mengambil tindakan menjual aset-aset penting yang dimiliki TH untuk membayar bonus tinggi kepada para pendepositnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media ketika diminta mengulas mengenai tindakan TH menjual aset di London.

Beliau menyifatkan tindakan yang diambil tersebut tidak berhemah dan merugikan jika dilihat dari sudut perniagaan.

“Tetapi mungkin mampu mencapai kesan yang sangat diingini dari sudut politik. Apabila aset sebegini yang mampu memberikan pulangan tinggi dijual, apa akan dilakukan TH untuk masa akan datang?

“Pelaburan-pelaburan lain sama ada dalam hartanah atau saham tidak mungkin mampu mendatangkan hasil setinggi ini. Kami sangat khuatir tindakan TH ini seperti menjual ‘angsa yang bertelur emas’,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, TH dilihat cuba untuk memberi gambaran kewangan dan perniagaannya kukuh sekaligus menepis segala dakwaan buruk yang ditimbulkan oleh beberapa pihak terhadap agensi tersebut melalui pembayaran bonus sebanyak lima peratus dan bonus haji tambahan sebanyak tiga peratus, .

“AMANAH yakin bahawa laporan kewangan TH bagi 2015 yang akan disediakan akan turut memberi gambaran baik mengenai perniagaannya.

“Sedangkan keadaan sebenar mungkin sebaliknya. Keuntungan dan peningkatan nilai aset adalah bukan hasil daripada hasil perniagaan semasa TH, sebaliknya, ia daripada pelaburan lama dan keuntungan hasil darinya,”ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, rakyat diingatkan agar tidak mudah tertipu dengan pemberian bonus yang diberikan oleh TH.

“Jangan kita tertipu dengan pembayaran bonus yang tinggi dan laporan kewangan yang bakal dikemukakan bulan hadapan.

“Ini bukan soal sangkaan buruk. Semua ini masih relevan walaupun laporan kewangan TH yang bakal dibentangkan mungkin begitu menarik dan memberangsakan,”katanya.

Terdahulu, TH telah mengumumkan bonus untuk para pendeposit bagi tahun kewangan 2015 sehingga lapan peratus.

Ianya merangkumi lima peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak tiga peratus kepada pendeposit yang masih belum menunaikan haji.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");