Isu Panas

Isu MB: Peluang Pas tawan semula Kedah

SEREMBAN – Peluang Pas kembali menawan Kedah pada PRU14 dilihat semakin terbuka luas ekoran krisis politik yang sedang melanda negeri itu.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustafa Daharun berkata, tidak mustahil untuk Pas kembali mengusai semula Kedah daripada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Berkemungkinan besar akan berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Ada beberapa faktor yang boleh membawa kepada situasi berkenaan, antaranya kekecewaan orang ramai ekoran pemimpin dipilih telah dipaksa turun sebegitu rupa,” katanya mengulas isu pengunduran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar yang berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Menurutnya, layanan buruk terhadap Mukhriz membuka mata semua pihak di Kedah betapa Umno tidak mampu lagi membela rakyat.

“Pasti mereka jelak apa yang berlaku pada Mukhriz. Apatah lagi, cara beliau diturunkan amat tidak profesional.

“Sepatutnya Umno fokus pada pembangunan negeri, bukannya sibuk berpolitik saja. Ini juga bakal menjadi salah satu punca kejatuhan mereka di sana nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Tindakan bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz menghentam kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan seolah-olah beliau duri dalam daging parti berkenaan.

Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata demikian ketika mengulas kritikan pedas Mukhriz, kononnya Umno akan berada pada kedudukan paling lemah selagi Najib kekal sebagai peneraju.

“Mukhriz tidak sepatutnya cakap macam itu. Seakan-akan melambangkan beliau tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan Umno. Walhal, beliau seharusnya seiring dan sejalan dengan suara majoriti.

“Secara tidak langsung, kata-kata dilontarkan boleh melemahkan Umno. Nampak seperti Mukhriz ada motif atau agenda tersendiri dalam hal ini,” katanya.

Bagi beliau, apa yang dilakukan Najib terutama membabitkan pertukaran Menteri Besar di Kedah sebagai tindakan tepat.

“Presiden buat semua ini demi memperbaiki Umno. Beliau tidak mahu ada duri dalam daging yang boleh merosakkan Umno.

“Bila masalah babit musuh dalam selimut berjaya diselesaikan nanti, saya percaya Umno jadi lebih kuat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");