Panasnya Hari Ini

Isu Pekerja Asing : TPM Cabar Belia Kerja ‘3D’

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencabar golongan belia di negara ini untuk bekerja dalam keadaan ‘3D’ iaitu kotor, sukar dan berbahaya (Dirty, Difficult, Dangerous) yang kini majoritinya ialah pekerja warga asing.

Ahmad Zahid mengemukakan cabaran berkenaan ketika bertanyakan jika anak muda setuju pekerja Bangladesh seramai 1.5 juta dibawa masuk ke Negara ini dan disahut dengan jeritan ‘Tidak’ oleh golongan tersebut di Majlis Perhimpunan Agung Belia Selangor, hari ini.

Zahid kemudian bertanya sama ada mereka (golongan belia) bersedia untuk bekerja di ladang dan sanggup bekerja dibawah matahari dan hujan.

“Siapa di sini bersetuju untuk bekerja di ladang-ladang, dibawah matahari dan hujan? Bekerja di kilang yang panas? Mencuci longkang? Bekerja sebagai tukang masak di restoran mamak?”soalnya, memetik laporan New Straits Times.

Ahmad Zahid kemudiannya dilaporkan berkata, beliau akan meminta Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim untuk mula melakukan pendaftaran kepada mereka yang berminat untuk melakukan kerja 3D.

Beliau bagaimanapun berkata, secara realistiknya, golongan belia di Malaysia adalah seorang yang memilih dan itu merupakan antara punca majikan tempatan terpaksa sentiasa mencari pekerja.

“Tetapi mereka tidak mahu untuk mencuci longkang dan memetik buah-buahan.

“Kerajaan telah meminta kepada FMM (Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia) untuk mencari tenaga kerja tempatan,”ujarnya.

Katanya lagi, negara kini memerlukan tenaga kerja mahir dan separa mahir.

Tambah Ahmad Zahid lagi, bagi sektor perabot misalnya memerlukan sekitar 160,000 pekerja.

“Mereka mengadu. Mereka mahu mengupah penduduk tempatan. Mereka mahu membayar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans dan gaji minimum.

“Tetapi penduduk tempatan lari selepas satu atau dua bulan. Pemilik kilang kemudiannya terpaksa tutup operasi,”katanya.

Beliau turut berkata, sebagai jalan keluar, majikan terpaksa mengambil pekerja asing bagi menggantikan pekerja tempatan yang enggan melakukan pekerjaan tersebut.

“Apa pilihan yang kita (kerajaan) ada?”soalnya.

Sehingga kini, dianggarkan sekitar dua juta warga asing berdaftar di Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");