Berita Hari Ini

Jangan terpedaya dengan berita palsu MH370

SHAH ALAM – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan menyebarkan maklumat serta berita palsu berkenaan laporan penemuan juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah di sebuah hospital di Taiwan.

Laporan palsu itu yang bertarikh 10 Februari lalu itu dipercayai diterbitkan oleh sebuah portal penulisan berita antarabangsa, worldnewsdailyreport.com.

Memetik laporan tersebut, individu itu yang didakwa sebagai Kapten Zaharie ditemui oleh penduduk kampung di Taiwan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Laporan yang ditulis oleh Barbara Johnson itu juga menyebut bahawa individu yang disebut sebagai Kapten Zaharie itu terlantar di Hospital Perubatan Taipei, mengalami amnesia dan dehidrasi.

Laporan tersebut juga turut disertakan bersama gambar seorang pesakit berbaju hijau dan terlantar di sebuah hospital.

Bagaimanapun ia hanyalah laporan palsu dan gambar yang disertakan dalam laporan berkenaan adalah gambar seorang pesakit yang terlantar di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Ia disahkan oleh sebuah laporan lain yang mengatakan pesakit tersebut merupakan lelaki Burma bernama Aung Myo Oo yang diserang di negara ini pada Januari tahun lepas.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");