Jenayah

Jumpa mayat bapa dalam longkang

TANJUNG RAMBUTAN – Misteri kehilangan bapa selama tiga hari berakhir dengan tragedi apabila mangsa ditemui terlentang dalam longkang di Taman Northward di sini.

Mangsa, K Kathamuthu, 53, ditemui oleh anaknya kira-kira jam 12.45 tengah hari kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa pada Ahad lalu.

“Berdasarkan laporan, mangsa keluar rumah di Kampung Chek, Sabtu lalu dengan menaiki motosikal.

“Ahli keluarga melakukan pencarian termasuk di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) namun gagal,” katanya.

Menurutnya, setelah menerima laporan, anggota bergegas ke tempat kejadian dan siasatan dilakukan.

“Mayat dibawa ke HRPB untuk bedah siasat bagi mencari punca kematian.

“Punca kejadian juga masih tidak diketahui. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");