Panasnya Hari Ini

PROTON Perkenal Logo & Tagline Baharu

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd (PROTON) semalam telah melancarkan logo dan tagline terbaharunya sebagai salah langkah kepada penjenamaan semula syarikat kereta nasional itu.

Dalam majlis pelancaran itu juga, PROTON turut mempamerkan logo terbaharunya dan tagline –It’s in the drive!.

Menerusi satu kenyataan media, syarikat kereta nasional itu kini berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam meningkatkan persepsi positif pengguna terhadap jenamanya selain mengambil kira dan menyedari situasi kejatuhan angka jualan dan pasaran saham kini.

“Tahun ini merupakan tahun ke-31 kami di dalam perniagaan yang bermaksud kita sudah memasuki ke dekad yang baru.

“Sejak 30 tahun yang lalu, ia adalah mustahil bahawa kita tidak belajar apa-apa dan pada hari ini, PROTON telah mengambil langkah yang perlu untuk kekal relevan kepada rakyat Malaysia,” kata Ketua Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Tambahnya lagi, selain melibatkan perubahan logo dan tagline yang baharu, PROTON juga turut berjanji bahawa syarikat itu akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelanggan.

PROTON Mobile Assist (1)

“Kami tidak memenuhi jangkaan pelanggan dengan cara kami berurusan dengan pelanggan-pelanggan kami dan pengurusan PROTON sedang berusaha keras untuk turun padang bagi memantau apa yang kakitangan kami lakukan.

“PROTON juga mensasarkan untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan dan memberikan pengalaman yang lebih baik dengan mengadakan aktiviti dan sesi pertemuan dengan pelanggan berpotensi dan sedia ada,”jelasnya.

Kata Harith lagi, antara inisiatif yang diambil PROTON, kini adalah dengan meningkatkan perkhidmatannya termasuk tujuh hari perkhidmatan di 50 cawangan servis PROTON di seluruh negara, ‘pick-up’ dan penghantaran di Lembah Klang yang melibatkan empat cawangan iaitu di Mutiara Damansara, Setapak, Bukit Maluri dan Seksyen 13, Shah Alam.

Selain memperkenalkan logo dan tagline yang baharu, PROTON juga turut melancarkan Pasukan Kerosakan Bergerak 24 Jam yang akan membantu pelanggan yang memerlukan bantuan di jalan raya dengan penyelesaian masalah kenderaan 24 jam sehari, setiap hari di seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");