Panasnya Hari Ini

“Kegagalan Saya Yang Pertama ialah Tun Musa Hitam Sendiri”- Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kegagalannya yang pertama ialah mengenai bekas Timbalannya Tun Musa Hitam.

Beliau turut menyifatkan bekas timbalannya itu tidak mampu bersabar sehingga beliau bersara.

“Kegagalan saya yang pertama ialah Tun Musa Hitam sendiri. Beliau tidak sabar menunggu saya untuk bersara.

“Jadi, beliau letak jawatan selepas lima tahun bersama saya sebagai timbalan saya di dalam kerajaan yang budak-budaknya namakan sebagai ‘Kerajaan MM’. Beliau percaya Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan membuang saya dan melantik beliau sebagai Presiden. Majlis telah memilih untuk memujuk beliau kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden.

“Beliau kembali sebagai Timbalan Presiden,” katanya menerusi penulisan di blog beliau yang bertajuk bertajuk ‘Musa Hitam’.

Terdahulu, menerusi satu kenyataan Tun Musa mengatakan bahawa Mahathir adalah penyebab kepada kemusnahan wawasan 2020 yang disifatkannya juga diambang kegagalan.

Mahathir juga turut menceritakan bagaimana Musa memujuk Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO bagi menentangnya beliau pada pemilihan parti.

“Beliau (Musa) bersedia untuk menjadi Timbalan Presiden dan TPM di bawah Tengku Razaleigh dan bukan di bawah saya. Beliau lakukan walaupun saya terlepas pandang niat jahat dan kemudian melantik beliau sebagai Duta Khas ke PBB bertaraf menteri,” katanya.

“Saya dan Ghafar Baba menang. Kemudian saya melantik semua mereka yang tidak setia kepada saya ini sebagai menteri dalam kabinet saya.Salah seorang daripada mereka, Tun Abdullah yang akhirnya dinamakan sebagai pengganti saya sebagai Perdana Menteri. Jauh sekali daripada memilih penyokong setia, saya memilih orang yang tidak setia kepada saya,” katanya.

Mahathir turut menegaskan bahawa beliau tidak melatih sesiapa supaya dapat menjayakan Wawasan 2020 sebagaimana yang dihasratkannya dan mengakui dirinya telah menunjukkan contoh yang tidak baik kerana pemimpin.

“Sudah tentu saya yang harus dipersalahkan. Wahai Musa, terima kasih banyak kerana menunjukkan kepada punca kegagalan Wawasan 2020. Anda mesti sudah tahu perkara ini pada 1986, lama sebelum wawasan itu.

“Pastinya kerana anda berpandangan jauh, anda meletakkan jawatan daripada kerajaan yang saya terajui. Jadi, tiada siapa boleh salahkan anda. Khidmat anda kepada saya dan negara akan tercatat dalam sejarah,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");