Jenayah

Lima Maut, Empat Parah Nahas Jalan Raya Di Beluran

BELURAN: Lima orang termasuk dua kanak-kanak maut, manakala empat lagi parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah treler di Kilometer 60 Jalan Sandakan-Telupid, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosemidian Majid berkata kesemua mangsa maut di tempat kejadian terdiri tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak.

Katanya laporan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 4.55 pagi dan pihaknya menghantar empat anggota dengan sebuah jentera bomba ke tempat kejadian.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda, katanya kepada Bernama.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat, manakala mangsa yang parah dihantar ke Hospital Beluran.

Beliau berkata pemandu treler hanya cedera ringan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");