Sukan Hari Ini

Kejutan Soo-Min

Kuala Lumpur: Sembilan birdie dilakukan Lee Soo-Min menyaksikan pemain muda Korea Selatan itu merampas kedudukan pendahulu keseluruhan pada hari ketiga Kejohanan Maybank Malaysia di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC), semalam.

Pemain yang menduduki ranking ke-221 itu mencatat tujuh bawah par 64 untuk keseluruhan 15 bawah par 198 selepas berakhir hari ketiga.

Pencapaian cemerlang itu membolehkan Soo-Min mendahului dengan kelebihan tiga pukulan berbanding Marcus Fraser dari Australia, kedua.

Soo-Min berkata, kunci kejayaannya itu adalah cuba beraksi sebaik mungkin selain berasa yakin dan selesa beraksi di pusingan ketiga semalam.

“Perasaan saya amat baik hari ini (semalam). Saya juga gemar beraksi di lapangan seperti di sini.

“Saya cuma menikmati permainan dan fokus terhadap setiap lubang dengan cuba meletakkan bola di atas fairway.

“Selepas melakukan birdie, saya mula mendapat keyakinan dan terus berjaya membenam lebih banyak birdie,” katanya.

Jelas Soo-Min, dia mengaku berasa sedikit gementar untuk turun beraksi pada hari terakhir hari ini.

“Tapi saya akan cuba melakukan yang terbaik dan muncul juara. Apapun, aksi minggu ini sememangnya cukup baik,” katanya.

Pemain Australia Nathan Holman yang mendominasi dua hari pertama, jatuh di tangga ketiga apabila melakukan dua atas par 73 semalam untuk keputusan keseluruhan 11 bawah par 202.

“Saya beraksi buruk hari ini (semalam). Apapun, banyak yang saya pelajari daripada keputusan ini dan harap dapat bangkit semula pada hari terakhir esok (hari ini),” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");