Panasnya Hari Ini

Ustaz Kazim Elias Selesai Jalani Prosedur Angiogram,Kini Stabil

KUALA LUMPUR: Penceramah agama, Datuk Mohd Kazim Elias kini berada dalam keadaan stabil setelah selesai menjalani prosedur angiogram di Makmal Kardiologi Invasif, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Prosedur itu dijalankan bagi mengesan kecederaan yang dialami otot jantung beliau.

Rawatan tersebut bermula pukul 9 pagi dan selesai kira-kira satu setengah jam kemudian.

Memetik sumber Bernama, pegawai khasnya Rafi Rahman berkata, keadaan Ustaz Kazim yang dirawat di Wad Unit Penjagaan Koronari (CCU) dilaporkan stabil dan dijangka akan pulang ke Perak esok.

Laman media sosial Facebook milik beliau turut memuatnaik beberapa gambar sebelum pendakwah berusia 44 tahun itu menjalani prosedur itu.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki turut meluangkan masa melawat Ustaz Kazim sebelum prosedur Angiogram dijalankan.

Ashraf turut berharap agar Kazim segera sembuh dan dapat kembali semula memberi ceramah.

Beliau dimasukkan ke HUSM selepas mengadu sakit dada selepas memberi ceramah di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok.

Foto-facebook DUKE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");