Sukan Hari Ini

Kejutkan Jepun!

Kuala Lumpur: Mahu lakukan kejutan ke atas Jepun. Itu antara tekad pemain beregu lelaki negara, Tan Kian Meng menjelang Kejohanan Asia Berpasukan (kelayakan Piala Thomas) yang akan berlangsung di Hyderabad, India pada 15 hingga 21 Februari ini.

Menurutnya, Jepun dianggap pasukan pilihan dalam Kumpulan A selepas membariskan pemain utama, namun dia berharap bersama rakan sepasukan mampu melakukan kejutan.

“Malaysia mendapat undian yang bagus untuk pusingan kelayakan ini, jadi saya harap tidak mempersiakan peluang yang ada untuk menjadi juara kumpulan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Jepun yang mempunyai Kento Momota, turut menurunkan beregu lelaki utama mereka yang sekarang ini menduduki ranking keenam dunia, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa.

Selain Jepun, dua lagi negara yang berada dalam kumpulan berkenaan adaslah Sri Lanka dan Nepal yang mungkin bukan masalah untuk dijinakkan.

Kian Meng yang sebelum ini beraksi cemerlang di Grand Prix (GP) Emas Masters Malaysia bulan lalu, akan berpasangan bersama Low Juan Shen dalam acara beregu lelaki, manakala pemain lain ialah Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Tan Wee Gieen-Tan Chee Tean.

“Sekarang kami mempunyai beberapa hari lagi untuk berlatih tapi apa yang saya nampak kombinasi bersama pasangan ada menunjukkan peningkatan. Memang kami akan menyambut Tahun Baru Cina namun kami harus mengekalkan kecergasan pada tahap terbaik.

“Saya harap dapat beraksi baik dan membuat kejutan terhadap pemain senior negara lain,” katanya yang muncul naib juara beregu campuran bersama Lai Pei Jing ketika menyertai Masters Malaysia di Pulau Pinang bulan lalu.

Pada masa sama, Kian Meng juga mahu membuktikan pemain beregu lelaki juga mampu memainkan peranan penting walaupun sekarang ini peminat lebih terarah kepada pemain perseorangan termasuk Zulfadli Zulkiffli, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soo Tech Zhi dan Soong Joo Ven.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");