Perak Hari Ini

Keunikan Coronation Pool

TAIPING: Lokasinya terletak di Bukit Larut, Coronation Swimming Pool atau Kolam Renang Kemahkotaan merupakan kolam renang yang pertama di Negara ini apabila dibuka kepada umum tahun sekitar 1880 pastinya sebuah kolam renang yang berbeza berbanding kolam renang yang lain.

Menariknya, kolam renang ini menggunakan air daripada air terjun dan bukannya air klorin sepertimana yang digunakan oleh kolam renang di hotel atau kolam renang awam yang lain.

Pengurusnya, Nasrul Aizam 37 berkata, Coronation Pool menyediakan tiga buah kolam renang untuk pengunjungnya beriadah di situ tanpa mengira latarbelakang pengunjungnya.

PERAK TODAY 17

“Terdapat tiga kolam disini dimana kedalaman bagi kolam dewasa bermula dari empat kaki sehingga 10 kaki manakala bagi kanak-kanak kedalaman kolam ialah di antara dua hingga tiga kaki.

“Coronation Pool menggunakan air terjun yang datang daripada Air Terjun Pinggiran Bukit Larut dimana air terjun tersebut terbahagi kepada dua salah satunya ke Burmese Pool dan satu lagi ke kolam renang ini,”katanya ketika ditemui.

PERAK TODAY 16

Nasrul menjelaskan, jika dilihat air kolam yang agak gelap, pasti ada yang menjangkakan air kolam tersebut kotor dan tidak ditukar, sebaliknya, air kolam tersebut kelihatan gelap kerana kedalaman kolam renang tersebut.

Katanya, air kolam di Coronation Pool itu akan ditukar setiap hari dengan menggunakan sistem aliran khas untuk tujuan aliran air keluar dan masuk ke kolam renang tersebut.

PERAK TODAY 13

Bercerita tentang pengambilalihan beliau dalam menguruskan kolam renang tersebut, beliau mula mengambil alih untuk menguruskan Coronation Pool sejak tahun lalu dan merupakan pengurus yang ketiga belas bagi menguruskan kolam renang tersebut.

Sejak mengambil alih pengurusan Coronation Pool, beliau menyahut saranan daripada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) untuk membuat pembaharuan terhadap kolam renang tersebut.

“Yang DiPertua MPT menyasarkan agar orang muda dapat mengambil alih untuk menguruskan kolam renang ini dan mampu menlaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.

PERAK TODAY 14

“Beliau mahukan pembaharuan melalui promosi dan aktiviti yang boleh dijalankan di Coronation Pool ini,”katanya ketika ditemui.

Bagi menarik lebih ramai orang beriadah di kolam renang tersebut, Nasrul telah merancang pelbagai aktiviti buat pengunjung Coronation Pool.

“Kita ada membuat Pokok Kunci Hati bagi pasangan-pasangan, karoeke, jamming pada Sabtu dan Ahad, perkhidmatan Wi-Fi percuma dan surau untuk kemudahan pengunjungnya,”katanya.

PERAK TODAY 15

Sementara itu, bagi menarik pengembara backpackers, beliau turut bercadang untuk bekerjasama dengan MPT untuk menyediakan buku panduan untuk diagihkan kepada pelancong bagi memudahkan mereka melawat ke lokasi bersejarah di Taiping dan mendapatkan cop.

“Selepas tamat melawat ke tempat-tempat bersejarah dan menarik di Taiping, termasuk Coronation Pool, mereka akan mendapat saguhati daripada MPT,”ujarnya.

Coronation Pool dibuka setiap hari bermula dari 7 pagi sehingga 7 malam dengan tiket bagi kanak-kanak dan dewasa adalah RM3. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Coronation Pool boleh menghubungi Nasrul ditaliam 019 200 2694.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");