Sukan Hari Ini

‘Keletihan jejas Reds’

Liverpool: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp mengaku faktor keletihan mula memberi kesan kepada anak buahnya yang akan turun menentang Sunderland di Anfield malam ini.

Skuad kendalian Klopp mengharungi sembilan perlawanan bulan lalu dan akibatnya, mereka tidak dapat mempamer aksi sebenar dan tewas 0-2 di tangan pendahulu, Leicester pada perlawanan pertama bulan ini.

“Leicester berehat 10 hari manakala kami hanya tiga. Jika dapat mengekalkan permainan seperti yang biasa dilakukan sebelum ini, sudah tentu kami akan berjaya menyaingi mereka,” kata Klopp selepas dua gol Jamie Vardy mengakibatkan Liverpool berdepan kekalahan ketiga sepanjang lima perlawanan liga setakat ini.

Reds hanya menang sekali dan tergelincir ke tangga kelapan liga dan mereka juga tidak dapat berehat lama sebelum bertemu Sunderland ketika pelawat mahu mengelak daripada tersingkir ke liga bawahan.

Malam ini, perlawanan pertama daripada enam aksi yang perlu diharungi Liverpool sepanjang tiga minggu ini termasuk final Piala Liga dengan Manchester City, 28 Februari ini.

Liverpool tidak membeli pemain baru bulan lalu sekali gus mengurangkan peluang Klopp untuk memberi rehat kepada anak buahnya.

Begitupun, beliau bakal menerima semula khidmat beberapa pemain penyerang yang sudah sembuh daripadssa kecederaan dengan Klopp dilihat semakin terdesak untuk terus bersaing dfalam Liga Perdana, Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa.

Philippe Coutinho dan Divock Origi sudah mula turun menjalani latihan kelmarin dan boleh diturunkan malam ini.

Pemain antarabangsa England Daniel Sturridge juga sudah berlatih tetapi penyerang yang kerap dilanda kecederaan itu dijangka tidak disenaraikan dalam masa terdekat ini kerana masih belum cergas sepenuhnya. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");