Jenayah

Mercun pelbagai jenis dirampas

KAMPAR – Seorang peniaga yang aktif dalam penjualan mercun ditahan bersama pelbagai mercun dan bunga api dalam serbuan Op Pintu sempena Op Cegah Jenayah Tahun Baharu Cina di pasar malam Pekan Mambang Diawan di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Ng Kong Soon berkata, dalam serbuan jam 8.30 malam itu, lelaki itu dikesan sedang melakukan penjualan barangan tersebut secara terbuka.

Menurutnya, mereka kemudiannya bertindak menyerbu dan merampas mercun serta bunga api yang dijual suspek berusia 29 tahun itu.

“Sebanyak 24 jenis mercun dan bunga api dirampas antaranya Happy Boom Super Rocket, Golden Dragon Egg, Camelia Flower Fireworks, Saturn Missiles Battery 100 Shots serta Bumble Bee.

“Selain itu, meja, kerusi dan van yang digunakan suspek untuk menjalankan perniagaan tersebut turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, semalam.

Kong Soon berkata, rampasan mercun bernilai lebih kurang RM4,000 itu dibawa ke Balai Polis Mambang Diawan untuk siasatan lanjut.

“Suspek terbabit direman mulai hari ini (semalam) selama empat hari sehingga 8 Februari bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");