Panasnya Hari Ini

Kenapa Salahkan Azeez Kerana Keputusan Terdahulu? – Blogger

KUALA LUMPUR: Blogger politik, Parpukari.blogspot.com hari ini mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang mempersalahkan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ujarnya, Azeez tidak patut dipersalahkan di atas keputusan yang terdahulu yang dibuat sebelum beliau menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi Tabung Haji.

Tegasnya, tidak adil bagi Azeez untuk menanggung kesemua kesalahan di atas keputusan berkenaan.

“Hanya kerana Tabung Haji membeli tanah TRX itu maka puak pakatan mengambil kesempatan dan menuduh bukan-bukan pada Azeez Rahim.

“Ya aku tak kata Azeez ni pemimpin yang maksum. Sebagai manusia dia pun ada kelemahannya tapi adalah tidak adil untuk salahkan Azeez atas semua keputusan Tabung Haji yang terdahulu,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman blognya.

Beliau berkata, rakyat tidak sepatutnya terus mempercayai tuduhan tidak berasas yang dibuat oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung pembelian tanah TRX berkenaan.

“Aku bukan nak jilat Azeez dan nak angkat dia tak pasal-pasal tapi kalau kebanyakan keputusan sudah dibuat zaman sebelum beliau kenapa beliau pula yang disalahkan? Kegilaan apakah ini?

“Disebabkan dia Pengerusi masa keputusan dibuat untuk beli tanah TRX maka Rafizi menuduh bukan-bukan pun kita nak percaya ke?,” soalnya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Rafizi yang meminta agar Azeez meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan rakyat untuk tidak semata-mata menyokong kerana hanya mengikut orang tanpa menggunakan akal sendiri.

“Lagi sekali aku tegaskan, semua keputusan pelaburan di Tabung Haji dilakukan zaman sebelum Azeez menjadi Pengerusi Tabung Haji kecuali TRX dan terbukti tanah TRX itu tidak merugikan,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");