Berita Hari Ini

KKM sahkan terdapat bakteria pada salad Australia

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan telah menarik penjualan salad prabungkus jenama Wash N Toss, Woolworths, Coles, Supa Salad dan Clear Film keluaranTripod Farmers, Australia yang mempunyai tarikh luput sehingga 14 Februari ini.

Ini kerana menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, salad tersebut telah dicemari sejenis bakteria yang dinamakan sebagai bakteria Salmonella.

Menurutnya, individu yang terdedah kepada bakteria berkenaan boleh mendapat cirit-birit, demam dan sakit perut.

Antara kesan lain yang boleh didapati daripada jangkitan tersebut termasuk loya, muntah, sakit kepala dan sakit otot.

“International Food Safety Authorities Network (INFOSAN) telah mengesahkan bahawa produk salad terlibat dalam isu ini hanya dieksport ke Singapura, Hong Kong dan Thailand.

“Mengikut INFOSAN, Jabatan Pertanian dan Sumber Air Australia telah mengenalpasti produk terbabit yang dieksport ke negara berkaitan dan telah mengambil tindakan kawalan. Di samping itu, Jabatan Pertanian Australia juga telah mengesahkan bahawa produk terlibat tidak dieksport ke Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan larangan import terhadap produk salad Australia sejak semalam.

“Sehubungan itu, pengguna tidak perlu khuatir kerana KKM sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");