Sukan Hari Ini

Klopp akui Liverpool mahu berdamai dengan penyokong

LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pemilik kelab sedang berusaha berdamai dengan penyokong yang tidak berpuas hati dengan cadangan menaikkan harga tiket musim depan.

Protes peminat itu dilakukan pada perlawanan Liverpool menentang Sunderland, membabitkan 10,000 penyokongnya meninggalkan stadium pada minit ke-77 sebagai simbolik membantah cadangan menaikkan harga tiket kepada STG77 (RM470) bermula musim depan.

Pada perlawanan itu, Klopp tidak berada di stadium susulan pembedahan apendiks. Meskipun dilarang mengulas kenaikan harga tiket berkenaan sebelum perlawanan bermula, pengendali Jerman itu mengakui bersimpati dengan peminat sambil berharap pemilik kelab iaitu Kumpulan Fenway Sports mencari penyelesaian segera.

“Saya ada beberapa perkara untuk dilakukan sepanjang minggu ini tetapi saya tahu ia kini menjadi masalah bagi saya,” katanya menjelang pertemuan ulangan pusingan keempat Piala FA melawan West Ham.

“Semuanya akan menjadi kelam kabut dan saya perlu mengumpul beberapa maklumat mengenainya. Saya tidak mahu melihat penonton meninggalkan stadium sebelum perlawanan tamat,” katanya. – AFP

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");