Panasnya Hari Ini

Pindaan Akta OSA: Seolah Menjaga Kepentingan Pihak Tertentu

KUALA LUMPUR:PERKASA menyifatkan cadangan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) mengambarkan tindakan untuk menjaga kepentingan pihak tertentu susulan pelbagai kebocoran makumat melibatkan pihak pentadbiran negara kian meruncing.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, Ketua Penerangan PERKASA, Hassan Basri Muhammad, berkata usaha Peguam Negara meminda Akta tersebut seolah menjurus kepada kebimbangan beliau mengenai terhakisnya keyakinan rakyat apabila dokumen dan maklumat yang membabitkan salahlaku dan penyelewangan terdedah sebegitu rupa.

“Persoalannya apakah pendedahan maklumat tentang masalah tender dan perniagaan yang tidak mengikut peraturan, salah laku rasuah, isu penyelewengan, penipuan dan sebagainya itu merupakan isu keselamatan negara?,” soalnya dalam kenyataan hari ini.

lebih membimbangkan katanya apabila ia melibatkan isu keselamatan malah tindakan rakyat bangkit memberontak menzahirkan ketidakpuasan hati mereka berhubung usaha melindungi maklumat penyelewengan melalui pindan OSA.

“Sepatutnya Peguam Negara lebih berusaha untuk mempertahankan maklumat dan sumber dalam usaha mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus di bawah prinsip ‘good governance’ dan sekaligus menambahkan keyakinan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Apandi dalam satu temubual akhar tempatan berkata akan mempertimbangkan tindakan bagi meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara.

PERKASA juga turut menyatakan sokongan dengan tindakan Pertubuhan Wartawan Nasional (NUJ) bahawa cadangan pindaan ini adalah satu tindakan yang zalim dan satu cubaan untuk menakutkan masyarakat dan pengamal media daripada mendedahkan penyelewengan dan salahlaku yang dilakukan oleh sesetengah pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");