Isu Panas

Krisis MB Kedah: Adun PKR akui sokong Mukhriz dikekal

SHAH ALAM – Adun Lunas, Azman Nasaruddin mengaku menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk kekal sebagai Menteri Besar Kedah ketika mengadakan pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Pengakuan tersebut dibuat selepas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendedahkan empat Adun daripada parti itu memberi sokongan penuh kepada sebelum Mukhriz sebelum beliau melepaskan jawatan pada awal Februari lalu.

“Keempat Adun PKR telah bersepakat untuk menyokong Mukhriz kekal di jawatannya (pada masa itu). Ini keputusan parti dan dibuat atas persetujuan Presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Nurul Izzah pada semalam mendedahkan perkara tersebut pada himpunan Bebaskan Anwar di hadapan penjara Sungai Buloh kelmarin.

Dakwa Nurul Izzah, keempat Adun yang menyokong Mukhriz termasuk Adun Bukit Selambau, R Krishnamoorthy; Adun Bakar Arang, Ooi Tze Min; dan Adun Sidam, Robert Ling.

Jelas Azman lagi, keempat mereka menyokong Mukhriz kekal pada kedudukan beliau kerana mereka tidak mahu nasib rakyat jadi terumbang-ambing dek perubahan kepimpinan yang berlaku di negeri itu.

“Dalam keadaan rakyat yang menderita akibat ekonomi tidak menentu, kita minta jawatan Mukhriz dikekalkan. Kita bimbang berlaku ketidakadilan kepada rakyat sekiranya pemimpin bertukar.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");