Sukan Hari Ini

Melaka idam 20 emas

Melaka: Kontinjen Melaka yakin mampu menggenggam sekurang-kurangnya 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII di Sarawak pada 22 hingga 31 Julai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan Datuk Ab Rahaman Karim (gambar) berkata, keyakinan itu berdasar perkembangan semasa atlet dan pasukan Melaka dalam acara disertai.

Menurutnya, peningkatan prestasi dalam beberapa acara sukan termasuk pencapaian atlet olahraga diketuai Badrul Hisyam Ab Manap selain kejayaan skuad hoki di pentas saingan Piala Razak 2015.

Katanya, sasaran 25 emas diletakkan ke atas kontinjen kali ini mampu direalisasikan.

Beliau berkata, komitmen tinggi atlet yang bakal menyertai kejohanan memberi gambaran kejayaan lebih besar mampu terhasil dengan syarat fokus, baik bagi acara individu, dan berpasukan,” katanya.

Menurutnya, selepas sekadar meraih 16 emas pada saingan SUKMA Perlis, kontinjen kali ini cukup bersemangat untuk bangkit mengatasi jumlah itu.

“Antara acara yang menjadi tumpuan adalah olahraga, wushu, silat dan badminton.

“Kami juga memburu emas dalam 18 acara lain, terutama sekali dalam bola sepak,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan insentif dalam bentuk wang tunai RM5,000 kepada pemenang emas, RM2,000 dan RM1,000 bagi perak dan gangsa mampu membakar semangat atlet.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");