Panasnya Hari Ini

Kritik PM: Tun M Sedia Jika Di penjara

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau menerima jika kesudahan hidupnya adalah di penjara berikutan kritikannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dengan nada sindiran berkata jika perkara itu terjadi tidak mustahil beliau akan berkongsi sel dengan bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

“If you stick your neck out it will be chopped (jika anda menghulurkan leher nanti akan dipancung.

“If that’s how my life ends, in jail, then so be it, maybe I’ll share a cell with Anwar Ibrahim (jika begitu cara saya menghabiskan hayat di penjara, mungkin saya boleh berkongsi sel dengan Anwar Ibrahim,” katanya menerusi video yang dimuatnaik oleh laman portal Freemalaysiatoday hari ini.

Sementara itu lapor Freemalaysiatoday lagi, Dr Mahathir tidak merasakan hasrat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tercapai.

Beliau menyifatkan kontroversi yang membabitkan syarikat pelaburan startegik itu tidak akan selesai dalam tempoh waktu yang singkat.

“Saya rasa ia (isu 1MDB) akan menjadi sangat sukar diselesaikan,” katanya

Tegasnya, beliau memahami hasrat Zeti yang mahu mengakhiri perkhidmatannya tanpa sebarang masalah dan isu berbangkit.

“Saya tahu Zeti mahu menghabiskan tempoh berkhidmatnya tanpa sebarang masalah,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");