Jenayah

Wanita tipu jualan online ditahan

Johor Bahru: Wanita ditahan polis di rumah di Kampung Jawa, Kota Tinggi petang semalam, selepas disyaki menipu dalam penjualan barangan bayi secara dalam talian.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, wanita berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang semalam, susulan laporan polis dibuat orang awam pada 16 Januari lalu berhubung penipuan dilakukan suspek di laman sosial Facebook (FB).

Beliau berkata, pengadu mendakwa suspek yang menggunakan akaun FB atas nama ‘Dhia Alesya Sofea’ mengiklankan barangan bayi seperti lampin pakai buang dengan harga yang murah.

“Pengadu mendakwa aelepas memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan, suspek memberi pelbagai alasan selain gagal dihubungi.

“Siasatan awal juga mendapati suspek terbabit dengan 16 kes di seluruh negara dengan menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");