Panasnya Hari Ini

Kurang Sambutan Dalam Perkhidmatan Restoran dan Perhotelan -KIMMA

Gambar:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) hari ini menyeru agar kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pekerja asing dalam perkhidmatan restoran dan perhotelan.

Ia berikutan bidang berkenaan tidak mendapat sambutan daripada warga tempatan.

Ketua Pemuda KIMMA, Harisrajudin Alaudin menyifatkan dasar pemerintah yang menghadkan pekerja asing hanya untuk melakukan kerja tukang masak dan tukang cuci dalam bidang tersebut adalah tidak relevan.

Beliau berkata, pada masa kini, sukar untuk mendapatkan khidmat pekerja tempatan.

“Sebab biasanya sebelum mengambil pekerja asing pengusaha restoran telahpun mengiklankan kekosongan mereka di dalam kedai tetapi masalah tak ada sambutan dari warga tempatan,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Lantaran itu, tegasnya, pengusaha restoran dan perhotelan terpaksa menggajikan pekerja asing berikutan sikap warga tempatan berkenaan.

“Bila tak ada sambutan dalam sektor perkhidmatan ini untuk memastikan persaingan perkhidmatan mereka terpaksa menggaji pekerja asing.

“Kita berharap kerajaan dapat pertimbangkan benda ini, supaya memberi kelulusan untuk pekerja asing dalam servis perkhidmatan selain dua pekerjaan yang ditetapkan sekarang,” kata Harisrajudin lagi.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin menyatakan bahawa pihak kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap pekerja asing yang bekerja sebagai pelayan restoran dan hotel kerana mereka hanya dibenarkan menjalankan dua aktiviti sahaja iaitu sebagai tukang masak dan tukang cuci.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");