Berita Hari Ini

Laporan audit 1MDB dibentang dua hari

Rompin: Jabatan Audit Negara (JAN) akan membentangkan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 24 dan 25 Februari ini.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata, pihaknya meneliti laporan itu sebelum membentangkannya dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac ini.

“Sehingga kini, proses siasatan berhubung 1MDB berjalan lancar termasuk prosiding siasatan yang kita lakukan sejak sekian lama.

“Selepas (laporan itu) dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat nanti, laporan berkenaan akan menjadi dokumen awam dan akan diketahui umum,” katanya selepas Majlis Penyerahan Van Serbaguna Sumbangan Bank Rakyat di Masjid Al-Iman, Kampung Leban Chondong di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Datuk Seri Maznah Mazlan dan Penolong Naib Presiden, Jabatan Projek Khas, Bank Rakyat, Mohd Hanafiah Mohd Nawawi.

Sebelum ini, PAC dalam satu kenyataan berkata, JAN akan tetap membentangkan laporan akhir pengauditan 1MDB, bulan ini.

Ia sekali gus menyangkal laporan sebuah portal berita yang mendakwa JAN gagal menepati tarikh pembentangan laporan itu kepada PAC.

Menurut PAC, laporan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab itu jelas untuk merosakkan reputasi dan kredibiliti PAC serta JAN yang sentiasa komited melakukan pengauditan telus dan akauntabiliti terhadap 1MDB demi kepentingan rakyat

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");