Panasnya Hari Ini

Peguam Negara Kaji Hukuman OSA Adalah Tepat -Azalina

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan tindakan Peguam Negara untuk mengkaji semula hukuman berkaitan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 adalah bertepatan dengan masanya.

Memetik sumber Berita harian, ia adalah bersesuai setelah mengambil kira mengenai kebocoran maklumat kerajaan sudah terlalu banyak.

Perkara tersebut katanya mengakibatkan kelancaran kepada pentadbiran kerajaan terganggu.

Rakyat juga katanya perlu melihat keputusan yang diambil  oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali secara matang dan memahami bahawa tidak wujud kebebasan mutlak sama ada di pihak wartawan atau orang awam.

“Kalau nak dedahkan penyelewengan, kita ada agensi yang boleh dedahkan, tapi kalau kita dedahkan semua maklumat kerajaan sebab marah nyamuk bakar kelambu, saya rasa itu salah.

“Jika terlalu banyak kebocoran maklumat sama ada oleh pegawai kerajaan atau pihak ketiga, bagaimana kerajaan boleh mentadbir dengan baik.

“Di Amerika sekali pun, jika terlalu banyak maklumat yang dibocorkan, (pihak yang membocorkan) pun kena tangkap, kenapa di Malaysia semua boleh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");