Membawang Hari Ini

Lisa, Dian berlakon bersama?

KUALA LUMPUR: Semalam, dua pelakon hebat, Lisa Surihani dan Dian Sastrowardoyo berkongsi gambar masing-masing di laman Instagram mereka.

Perkongsian itu tentu saja menimbulkan tanda-tanya, apakah dua bintang serumpun ini sedang berlakon bersama? Apabila diperhatikan pada keterangan gambar masing-masing, barulah difahami mereka sebenarnya rakan seperjuangan yang sudah lama saling mengagumi.

Difahamkan, itulah kali pertama Lisa dan Dian bertemu empat mata di ibu kota. Dian baru-baru ini berada di Malaysia bagi menyertai forum sebuah syarikat telefon bimbit terkenal.

Kesempatan itu turut dimanfaatkan pelakon Ada Apa Dengan Cinta ini untuk bertemu temannya yang juga rakan baik Lisa.

“Seronok dapat berjumpa kamu (Lisa Surihani) selepas sekian lama saya “mengintip” akaun Instagram. Kamu sangat cool,” ungkap Dian di laman Instagramnya.

Lisa di laman Instagram turut teruja berkongsi gambar berdua dengan menulis keterangan gambar “Hey Hey Dian”.

Pastinya pertemuan itu memutik rasa indah buat mereka, apatah lagi kedua-duanya bukan saja bergelar anak seni, malah memegang status sama sebagai ibu dan isteri.

Mungkin peminat juga mahukan kedua-duanya berganding sama di layar perak. Siapa tahu, ada penerbit atau pengarah yang berhajat menyatukan mereka selepas ini?

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");