Berita Hari Ini

Pembinaan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, suku kedua

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) bersedia untuk memulakan kerja pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) Laluan 2 (MRT 2) Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) pada suku kedua tahun ini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hubungan Awam MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah, berkata fasa pertama MRT 2 sepanjang 52.2 kilometer yang menghubungkan bahagian utara ke selatan Lembah Klang itu dijangka mula beroperasi pada suku kedua 2021, manakala keseluruhan laluan SSP akan beroperasi pada suku kedua 2022.

“Justeru, projek ini akan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan sepenuhnya,” katanya pada taklimat media projek MRT 2 SSP di sini hari ini.

Memperincikan perancangan pembangunan MRT 2, Najmuddin berkata, MRT Corp dan MMC-Gamuda sebagai rakan pelaksana projek akan berhubung dengan semua pihak yang terbabit secara langsung dengan proses pembinaannya.

“Kami sudah mula bertemu dengan pihak yang berkenaan termasuklah pemilik rumah, bangunan komersial dan rumah ibadat, manakala pihak berkepentingan membabitkan kerajaan, Pejabat Tanah dan Galian dan pihak berkuasa tempatan.

“MRT Corp bersama semua pihak yang terbabit sedang bekerjasama rapat bagi menangani sebarang permasalahan dan isu yang berkaitan dengan projek ini,” katanya.

Beliau berkata, antara perancangan MRT Corp adalah untuk mengadakan pertemuan secara berkala bersama media supaya perkembangan mengenai projek pembangunan MRT 2 dapat dilaporkan dari masa ke masa.

MRT Corp juga, katanya akan berhubung dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di kawasan yang terbabit bagi membolehkan mereka mendapat maklumat mengenai perkembangan semasa projek berkenaan.

“Kami mahu menjadi terbuka dan boleh dihubungi sebaik mungkin, dengan mengadakan sesi dialog bersama rakyat dan akan terus melakukannya,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");