Sukan Hari Ini

Lucero ganti Rangel

Johor Bahru: Teka-teki status pemain import keempat Johor Darul Ta’zim (Johor DT) akhirnya terjawab selepas kelab itu mengikat Juan Martin Lucero bagi menggantikan Paulo Rangel yang menyertai Johor Darul Ta’zim II (Johor DT II) musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu ialah bekas pemain kelab Liga Argentina Atletico Independiente dan dia akan bergandingan dengan Jorge Pereyra Diaz mengemudi jentera serangan skuad Harimau Selatan.

Pemilik kelab Johor DT Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap kehadiran pemain itu bakal memantapkan skuad ketika kempen Liga Super bermula Sabtu ini.

“Langkah untuk membuat pengumuman mengenai pemain itu agak lewat tapi kami perlu memastikan dia betul-betul menyertai Johor DT secara sah dengan kertas kerja atau pengesahan harus dilakukan secara profesional.

“Selepas semuanya berjalan lancar, baru saya boleh mengesahkan Juan Martin Lucero menyertai Johor DT musim ini walaupun ada beberapa pemain yang turut menjadi pilihan.

“Ini hasil perbincangan saya bersama Pengarah Sukan Alistair Edwards, ketua jurulatih Mario Gomez, ejen kelab Johor DT Martin Prest, penolong jurulatih Nasir Yusof serta Luciano Figueroa.

“Justeru, kami berpendapat Lucero pilihan tepat,” kata Tunku Ismail dalam laman web rasmi JOHOR Southern Tigers, kelmarin.

Karier profesional Lucero bermula pada musim 2010 bersama kelab Defensay Justicia yang beraksi dalam Liga Premiera B Argentina dengan meledak 24 gol sepanjang 34 penampilan.

Dia turut dianggap pemain muda paling berpotensi pada saingan Liga Argentina sekali gus menyaksikannya dipancing Atletico Independiente.

Ketika bersama Atletico Independiente, Lucero dikhabarkan mendapat tawaran kelab ternama Liga Uruguay, Atletico Penarol namun memilih Johor DT untuk meneruskan kariernya.

Tunku Ismail menegaskan, Lucero masih muda dan mempunyai rekod baik selain antara pemain muda Argentina sedang meningkat dan memiliki tahap permainan berkualiti.

“Kami amat bertuah kerana berjaya mendapatkan Lucero untuk Johor DT walaupun banyak kelab lain dari seluruh dunia bersaing untuk mendapatkannya. Ini menunjukkan reputasi Johor DT sedang berkembang di pentas dunia.

“Pada musim ini kami bersikap rendah diri dan tidak memancing pemain ternama seperti pernah dilakukan namun kehadiran Lucero mampu menguatkan Johor DT selain mempunyai nilai dan boleh dianggap aset kepada kelab kami,” kata Tunku Ismail.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");