Panasnya Hari Ini

Mahathir Setuju Jadi Penaung Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia

KUALA LUMPUR: Mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk menjadi penaung Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia.

Persetujuan itu diberikan melalui satu klip video berdurasi 2.21 minit yang dimuatnaik di laman Facebook Gabungan Ketua Cawangan Malaysia sebentar tadi.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, beliau bagaimanapun tidak yakin gerakan tersebut akan berjaya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita nak pergi ke seluruh Malaysia memerlukan perbelanjaan yang banyak, tetapi saya minta di setiap negeri, mesti ada orang yang menggerakkannya di peringkat cawangan.

“Saya tidak boleh jamin apa yang kita buat ini akan berjaya. Tetapi dunia akan perhatikan pada orang ini (Najib).

“Sekarang ini pun orang dah pandang jijik pada Najib. Dia pun tidak berani bercampur dengan orang lain sebab semua orang sudah tahu,”katanya.

Dr Mahathir turut berkata, proses undang-undang di negara ini sudah terhenti.

“Sama juga kalau kita buat petisyen kepada Raja-Raja. Biar berjela-jela orang tandatangan kepada Raja.

“Biasanya kita tidak mahu Raja-Raja terlibat dengan politik tetapi keadaan ini luar biasa yang mana ‘rule of law’ dah ‘suspend’, tetapi ‘the rule of Najib’ sudah ‘on’ sekarang,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");