Sukan Hari Ini

Pahang sudah bersedia mula tugas pertama

SUDAH bersedia sepenuhnya, itu tekad pengendali Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi untuk tugas pertama yang menanti skuad kendaliannya malam esok.

Melayan kunjungan Terengganu FC II di Stadium Darul Makmur untuk aksi pembuka tirai Liga Super 2016,bekas pemain tengah kebangsaan itu berkata, beliau sudah bersedia sepenuhnya dengan barisan pemain sedia ada untuk menggalas cabaran.

“Saya tahu peminat akan menyaksikan perubahan yang dilakukan Pahang dengan mempertaruhkan muka baharu.

“Namun gabungan pemain senior dan junior diharap membentuk persefahaman mantap untuk memastikan kemenangan bagi sebagai suntikan semangat mengharungi cabaran yang mendatang,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, beliau sedar tugas getir menanti Pahang apabila berdepan lawan yang bersemangat tinggi selepas berjaya beraksi dalam saingan liga itu pada musim ini.

Tegasnya, para pemain sudah ditekankan supaya bersedia sepenuhnya bukan sahaja fizikal dan taktikal, tetapi mental untuk menjadikan aksi sulung ini berakhir dengan tiga mata menjadi milik Pahang.

Dalam pada itu, Ahmad Shaharuddin turut mengesahkan empat pemain import iaitu German Pacheco, Dalibor Volas, Nejc Potokar dan Zesh Rehman disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk menggempur lawan sekali gus meraih kemenangan di halaman sendiri.

“Saya berharap segala perancangan menjadi untuk meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik biarpun ada yang meragui kemampuan skuad Tok Gajah mengharungi cabaran dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

“Manakala buat pemain yang diturunkan perlu perlu menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin selain menagih sokongan padu daripada peminat untuk menaikkan lagi semangat kepada pemain,” tegasnya lagi.-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");