Panasnya Hari Ini

Mahfuz Bertemu Tun M, Bincang Mengenai Politik Negara

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertujuan bagi membincangkan masa depan politik negara ini.

Beliau menemui Bekas Perdana Menteri itu di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur, hari ini sekitar jam 9 pagi tadi.

“Kami bersependapat dalam perbincangan yang semua pihak perlu melihat ke hadapan untuk selamatkan negara ini.

“Kita semua mesti gerakkan semua pihak merentasi ideologi politik, agama dan bangsa untuk memperbaiki negara ini,” katanya memetik laporan Sinar harian.

Mahathir seperti yang dilaporkan media sebelum ini bertindak lantang dalam memberi kritikan terhadap pentadbiran dan pengurusan negara dibawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu Mahfuz pula sejak akhir ini banyak tampil mengkritik pentadbiran Najib serta dilihat tampil memberi sokongan kepada bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir sewaktu Kedah dilanda krisis menteri besar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");